1.Video pertama di youtube ialah video yang dibuat oleh pencipta Youtube
Anda tahu tak kalau video pertama di Youtube ialah dibuat oleh pencipta Youtube sendiri.Video pertama di youtube ialah video me at the zoo yang diupload pada 2005 oleh Jawed Karim.Video tersebut telah mencapai 173 juta tontonan dalam masa 16 tahun.
2.Youtube Asalnya Merupakan Website Dating.
Anda tahu Tak website seperti Tinder,OkCupid.com.Tapi,pernahkan anda tahu Tentang Fakta ini?
Jadi Kisahnya Bergini,Pada Waktu Itu,Steven Dan Chan Masih Berkerja Di Paypal.Mereka Mempunyai Masalah Iaitu Untuk Berkongsi Video Di Parti Makan Malam manakala Jawed gagal menemui video Janet Jackson Dan Justin Timberlake ketika Superbowl pada tahun 2004.
Dari 2 Masalah tersebut,muncul sebuah idea untuk membuat satu laman sesawang untuk berkongsi video.Namun,konsep laman sesawang itu lebih kepada laman dating.
Jadi,terhasil sebuah laman sesawang dating iaitu 'Tune In Hook Up' dan akhirnya berubah menjadi website berkongsi video.
3.Video Yang Paling Banyak Dislike Pada 2019
Anda pernah tahu ke kalau di youtube,ada video yang paling banyak dislike?Kalau anda belum tahu,saya akan beritahu video tersebut.Video tersebut ialah Youtube Rewind 2018:Everyone Controls Rewind dan mendapat sebanyak 16 juta dislike
Video tersebut mendapat banyak dislike kerana tidak memaparkan situasi realiti sebenar isu-isu penting yang berlaku di youtube sepanjang tahun 2018.Antara isu tersebut ialah mengabaikan youtuber yang terkenal iaitu Pewdiepie dan tidak memaparkan kematian selebriti terkenal seperti Stephen Hawking.
Antara sebab lain video tersebut mendapat banyak dislike ialah kerana isu yang berlaku pada awal tahun 2018 dimana pembuat video di youtube tidak berpuas hati dengan polisi baru mengenai pendapatan dari periklanan video di Youtube.
Ok Guys,itu sahaja untuk hari ini.Saya harap perkongsian hari ini dapat memberi manfaat kepada anda.See You Soon dan terima kasih.



0 Comments